KELAB PENYOKONG
BERSATU MALAYSIA

HALATUJU

KELAB PENYOKONG BERSATU MALAYSIA

DEFINISI

KPBM ialah pasukan sukarelawan yang mendukung perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

VISI

Menjadikan KPBM sebagai pasukan sukarelawan penyatupadu berwibawa.

MISI

Memperkasakan liputan akhbar dan media sosial melalui sidang akhbar dan media sosial serta kegiatan-kegiatan yang menanamkan kecintaan kepada BERSATU demi perpaduan bumiputera dan negara.

NILAI UTAMA

KPBM menjunjung kecintaan kepada pemimpin dan Silaturrahim sebagai nilai utama dalam melaksanakan perjuangan.

FALSAFAH

KPBM percaya bahawa penyimpanan berita kebaikan BERSATU lebih daripada sehari adalah satu kesalahan besar dalam pengurusan KPBM.

MOTO

Kebaikan penyatupadu bangsa.

PELANGGAN

Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

PIHAK BERKEPENTINGAN

Surat khabar
TV station
Media sosial
Ahli-ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia

UKURAN KUALITI

Teks ucapan, berita, rencana dan foto menepati kualiti broadcast.

MATLAMAT

Menyokong perjuangan BERSATU menyatukan bumiputera Malaysia;
Melahirkan dan mengekalkan nama baik BERSATU;
Membantu BERSATU memberi kefahaman tentang perjuangan BERSATU kepada golongan muda.
Menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pertubuhan dalam atau di luar negeri yang sama tujuan dan dasarnya dengan kelab ini.

STRATEGI

Strategi KPBM ialah 4M yang bermaksud mengesan dan melahirkan dan mengolah kebaikan BERSATU untuk siaran awam.